18 December 2017

Kalori, fad diet dan kurus cara cepat

By 8:17 PM
SEBARANG diet yang menjanjikan penurunan berat badan dengan pantas tanpa asas saintifik dipanggil fad diet atau diet sementara.

Diet sementara adalah tidak lengkap dan tidak membekalkan banyak nutrien penting yang diperlukan oleh tubuh kita. Kesannya juga adalah singkat dan sukar dikekalkan kerana kebanyakan berat badan yang hilang adalah air. Kekurangan nutrien juga biasa terjadi dalam kalangan mereka yang mengamalkan fad diet.

Memandangkan rakyat Malaysia begitu teruja dengan proses penurunan berat badan secara cepat ramai yang mengambil jalan mudah dengan mencuba pelbagai produk di pasaran seperti pil, minuman suplemen dan produk herba.

Jangan terlalu ghairah untuk mendapat berat badan ideal sehinggakan lupa kesan negatif yang akan ditanggung nanti. Sepatutnya selidik dan dapatkan nasihat pakar berkenaan bagi memastikan produk tersebut berkesan dan selamat digunakan sebelum membelinya.

Bagaimanapun, dalam keadaan tertentu, ubat khas boleh diberi kepada pesakit yang mempunyai kesukaran menurunkan berat badan. Ubat-ubat ini membantu melengkapi keseluruhan program penurunan berat badan dan bukan jalan penyelesaian sebenar.
Dalam memastikan cara hidup sihat, prinsip asas penurunan berat badan yang berkesan adalah dengan mengawal pengambilan kalori. Namun ia tidak bermakna anda terus tidak makan atau mengikuti diet yang sangat rendah kandungan kalori.

Tubuh kita masih memerlukan tenaga dan nutrien untuk berfungsi dengan baik. Oleh itu, diet yang seimbang dan sihat adalah penting untuk memudahkan penurunan berat badan dengan konsisten dan berkekalan. Penurunan berat badan dengan selamat adalah melalui makan secara sihat iaitu dengan merancang menu harian untuk membantu mengawasi hidangan.

Pemilihan makanan berkhasiat ketika memasak perlu dititikberatkan di mana kawalan kalori yang tidak perlu seperti minuman manis.

Bagi yang ingin betul-betul mendapat berat ideal boleh amalkan diet seimbang, sederhana dan pelbagai mengikut panduan piramid makanan Malaysia. Sebolehnya kawal dan rancang saiz sajian berdasarkan keperluan. Bagi segelintir individu, menggantikan snek yang tidak berkhasiat dengan buah-buahan adalah amalan baik, tetapi bukan penyelesaian menurunkan berat badan. Buah mengandungi pelbagai nutrien dan fitonutrien yang memberi pelbagai manfaat kesihatan.

Oleh itu, untuk menurunkan berat badan anda perlu mengurangkan pengambilan kalori daripada makanan lain sepanjang hari. Malah aktiviti fizikal juga perlu ditingkatkan untuk membakar lemak berlebihan yang tersimpan dalam tubuh.

Ada juga yang berpendapat walaupun mengurangkan pengambilan kalori dengan mengurangkan saiz sajian, tetapi masih belum mencapai berat badan ideal. Jika keadaan ini berlaku teruskan dengan usaha tersebut tanpa putus asa.

Dalam hal ini proses penurunan berat badan menjadi perlahan atau terhenti adalah normal. Ia dipanggil ‘plateau’ penurunan berat badan mendatar yang berlaku kerana metabolisme anda menjadi perlahan setelah kehilangan otot.

Pada masa ini pengambilan kalori anda menyamai jumlah kalori yang anda gunakan. Jika seseorang itu itu masih berazam untuk menurunkan berat badan, cuba pilihan yang lebih selamat dan sihat iaitu kurangkan lebih kalori tetapi pastikan jumlah yang dimakan tidak kurang daripada 1,200 kcal.

Di samping itu, tingkatkan senaman dengan meningkatkan tempoh dan intensiti senaman selain menambahkan lebih aktiviti ke dalam rutin harian. Contohnya berjalan kaki dan kurang menggunakan kereta atau melakukan kerja-kerja rumah. Ini secara tidak langsung membuatkan kita sentiasa cergas.


Baca Lagi...

12 December 2017

10 Kelebihan Halia yang Mungkin Kita Tidak Tahu

Halia banyak digunakan dalam masakan melayu. Tak lengkap rasanya kalau bahan ini tiada di dapur kerana kebanyakan masakan berasaskan herba menggunakan Halia.

Tahukah anda Halia juga bermanfaat dari segi kesihatan. Ada 10 kelebihan halia yang mungkin kita sendiri tidak tahu:

1. Halia Mengekalkan Peredaran Darah Normal. 

Halia mengandungi kromium, magnesium dan zink yang boleh membantu untuk memperbaiki aliran darah, serta membantu mengelakkan kesejukan, demam dan peluh berlebihan.

Lelaki di dalam video di bawah pernah terbaring 2 kali tak boleh bangun sebab TEKANAN DARAH TINGGI. Ikuti pengalaman beliau mengatasi masalah ini.

2. Memulihkan Mabuk dalam Perjalanan

Halia adalah penawar yang diketahui berkesan untuk loya yang dikaitkan dengan mabuk.

Sebab yang tepat tidak diketahui, tetapi dalam kajian kadet tentera laut, mabuk laut akan berkurangan apabila diberi serbuk halia.

3. Meningkatkan penyerapan nutrien dalam usus.

Ginger meningkatkan penyerapan dan merangsang nutrien penting dalam badan.

Ia terjadi kerana halia meransang rembesan enzim gastrik dan enzim dengan merangsang perut dan rembesan enzim pankreas yang membantu penyerapan nutrien.

4. Pencegahan Demam dan Selesema. 

Halia telah digunakan beribu-ribu tahun sebagai rawatan semula jadi untuk demam dan selesema di seluruh Asia.

Kajian di University of Maryland Medical Center mendapati, untuk merawat demam dan selesema di kalangan orang dewasa, rendam 2 sudu besar halia segar yang dicincang dalam air panas dan diminum dua hingga tiga kali sehari

5. Mengurangkan Ketidakselesaan Perut.

Halia sesuai dalam membantu pencernaan, seterusnya meningkatkan penyerapan makanan dan mengelakkan sakit perut. Halia dapat mengurangkan keradangan seperti juga aspirin dan ibuprofen

6. Mencegah Barah Usus. 

Satu kajian di University of Minnesota mendapati, halia boleh melambatkan pertumbuhan sel-sel kanser kolorektal/ Usus.

7. Mengurangkan kesakitan dan keradangan. 

Halia mengandungi beberapa bahan-bahan anti-radang yang paling mujarab dan merupakan ubat penahan sakit semulajadi yang kuat.

8. Melawan Masalah Pernafasan yang biasa. 

Jika anda mengalami penyakit pernafasan biasa seperti batuk, halia membantu dalam mengembangkan paru-paru anda dan melonggarkan kahak kerana ia adalah ekspektoran semulajadi yang mencairkan dan membuang kahak. Dengan cara ini anda boleh dengan cepat pulih daripada kesukaran bernafas.

Lelaki dalam video di bawah tak perlu membawa inhaler dia ke mana-mana lagi. Asma dan masalah pernafasan beliau dah tak datang lagi. Apa rahsia beliau sehingga nampak begitu sihat dan cergas?

9. Rawatan Kanser ovari. 

Serbuk halia mendorong mematikan sel dalam sel-sel kanser ovari.

10. Menguatkan imuniti. 

Halia membantu meningkatkan sistem imun. Pengambilan sedikit halia sedikit sehari boleh membantu mengurangkan risiko strok dengan menghalang lemak melekat pada arteri.

Ia juga mengurangkan jangkitan bakteria dalam perut, dan membantu melegakan batuk dan kegatalan tekak.

11. Mengurangkan Morning Sickness. 

Halia berjaya mengatasi kes morning sickness dan ketidakselesaan perut sebanyak 75 peratus.

Baca Lagi...