10 April 2015

Kajian-kajian manafaat Kelapa

Bermula dari awal tahun 1930, Dr. Weston A. Price, seorang penyelidik, pakar pemakanan yang juga merupakan seorang doktor gigi dari Cleverland, Ohio mendapati penduduk di Kepulauan Pasifik mempunyai tahap kesihatan fizikal dan gigi yang menakjubkan. Dipercayai ia disebabkan corak pemakanan harian berasaskan kelapa. Mereka juga mempunyai rambut serta kulit yang cantik walaupun banyak terdedah kepada sinaran ultraviolet matahari.

Penyelidikan Wabak Penyakit di Hospital Wellington, New Zealand telah melakukan penyelidikan di dua buah pulau iaitu Puka Puka dan Tokelau di Lautan Pasifik Selatan. Dr. Ian merumuskan, penduduk setempat banyak memakan kelapa sebagai diet harian. Hasilnya, paras kolesterol rendah, kesihatan fizikal amat baik dan tiada penyakit kronik seperti jantung atau kanser.

Pada tahun 1966, suatu penemuan besar telah dirumuskan oleh Profesor Dr. Jon J. Kabara, eorang penyelidik dan pakar farmakologi di Universiti Michigan . Beliau mendapati, minyak kelapa dara yang terdapat dalam santan kelapa sebenarnya sejenis antivirus, bakteria, kulat dan parasit semula jadi yang kuat.

Maka terjawablah kemusykilan Dr. Weston A. Price dan Dr. Ian A. Prior selama ini, mengapa penduduk di Kepulauan Pasifik begitu sihat. Penemuan besar oleh Dr. Jon J. Kabara ini sebenarnya berupaya merubah senario industri kesihatan dunia.

Dalam tahun 1980-an, Dr. Raymond Peat, seorang profesor fisiologi dari Universiti Oregon melaporkan, minyak kelapa dara dalam hampas kelapa berupaya menurunkan berat badan.

Fakta ini menyangkal pandangan yang mengatakan minyak kelapa menambah berat badan. Pada tahun 1990an, Dr. Mary G. Enig, seorang pakar lemak, pemakanan dan seorang ahli biokimia dari Universiti Maryland merumuskan, minyak kelapa dara adalah makanan yang memberi pelbagai khasiat kesihatan.


Baca Lagi...

08 April 2015

Khasiat Minyak Kelapa Dara

Hasil kajian saintifik dan penyelidikan yang dibuat, menunjukkan Minyak Kelapa Dara kaya dengan (MCFA) Medium Chain Fatty Acids dan dikelaskan juga sebagai “Super Food” oleh pakar-pakar antarabangsa. 

Khasiatnya menyamai susu ibu, memperkuat sistem imunisasi, memperbaiki metabolisma, melindungi dinding perut, Blood Clots, penstabil fungsi otak, saraf dan jantung. Selain itu, ianya memberikan banyak manfaat dan kelebihan terhadap kesihatan manusia seperti berikut :-

KECANTIKAN LUARAN

1) Sesuai untuk mengubati sakit kulit seperti kudis, kurap, panau, bersisik, ruam/ruam lampin, luka, tumit pecah, jerawat, telinga bernanah, resdung, batuk kering, sakit kuning dan lain-lain.

2) Membantu mengurangkan berat badan dan kegemukkan berlebihan dengan meningkatkan metabolisma.

3) Jika disapu (minyak kelapa dara cecair), ia membantu membentuk hambatan kimia pada kulit untuk mengurangkan infeksi serta mencegah garis-garis halus.

4) Mengurangkan gejala psoriasis, eksim dan dermatitis.

5) Melembutkan dan membantu mengurangkan kekeringan dan kekenduran kulit serta memberi perlindungan dari sinaran ultraviolet yang membahayakan kepada kulit anda.

6) Mengurangkan masalah rambut gugur dan kelemumur.

KESIHATAN DALAMAN

1) Meningkatkan tenaga dan daya tahan mental & fizikal (atlit sukan USA & EROPAH banyak menggunakannya.

2) Memperbaiki pencernaan dan penyerapan vitamin-vitamin dan asid amino yang dapat dilarutkan lemak.

3) Melancarkan sekresi insulin dan pengaliran glukosa darah serta mengurangkan risiko diabetes.

4) Mengurangkan stress pada pankreas dan sistem-sistem enzim dalam tubuh serta membawa fungsi thyroid.

5) Meningkatkan penyerapan kalsium dan magnesium yang membantu perkembangan tulang dan gigi yang kuat. Ia juga melindungi diri dari serangan osteoporosis.

6) Memperbaiki kinerja dan mencegah risiko sakit jantung kerana minyak ini tidak mengandungi kolesterol yang tinggi pada darah.

7) Mencegah atherosclerosis dan stroke serta membantu menurunkan tekanan darah tinggi.







  • Baca Lagi...