21 March 2013

MCFA dalam Minyak kelapa Dara


Minyak Kelapa Dara  mengandungi komposisi 55% MCFA. Molekul asid lemak ini terlalu kecil dan ianya mudah dihadamkan dengan cepat selain mudah diserap oleh  tubuh badan di mana asid lemak ini tidak tersimpan sebagai lemak di sel-sel badan. MCFA bertindak sebagai pembekal tenaga dan berfungsi sama seperti kabohidrat dan ianya tidak beredar dalam sistem pengedaran darah badan,  tidak seperti lemak lain ( meningkatkan tahap kolesterol LDL tidak baik dan pembentukan lemak dalam arteri). Disebabkan itu ianya tidak disimpan dalam sel lemak atau menyumbang kepada penambahan berat badan atau menyebabkan arteri tersumbat.

Seperkara lagi yang berkaitan jantung, di mana asid lemak politaktepu kebiasaannya digunakan dalam masakan  seharian mengandungi komposisi utama LCFA’s yang menyebabkan kolesterol tidak-baik LDL memasuki sistem darah yang akan menyebabkan saluran darah tersumbat dan berlakunya pengumpulan lemak. Bagaimanapun tidak seperti  medium rantaian asid lemak MCFA’s, ianya tidak mengalami pengoksidaan. Asid lemak LCFA’s pula secara berterusan akan membentuk radikal bebas  dan mengoksidakan kolesterol LDL yang mana menjadi punca utama penyakit arteri. Hanya lemak teroksida akan menghasilkan pembentukan plak pada arteri dan menyebabkan arteri tersumbat. Komposisi 74% plak ini datangnya daripada minyak sayuran politaktepu dan asid lemak monotaktepu.

Baca Lagi...

19 March 2013

Khasiat, Kebaikan & Kelebihan Minyak Kelapa Dara


1) Meningkatkan sistem imun tubuh badan dan mengeluarkan toksin.

Asid lemak yang terdiri daripada unsur antimicrobial boleh membantu membunuh virus, bakteria, fungi dan parasit. Ini telah ditemui pada tahun 1966 oleh Jon Kabara PhD, melalui kajian beliau, apabila asid lemak dihadam, ia akan dipecahkan kepada bentuk monoglycerida dan asid lemak bebas yang membentuk kepada pengaktifan unsur antimicrobial. Terdapat pelbagai jenis asid lemak yang penting di dalam minyak kelapa dara seperti Lauric Acid, Capric Acid dan Caprylic Acid. 

Unsur monoglyceride, monolaurin, monocaprylin dan monocaprin yang terkandung di dalam asid lemak inilah yang membantu kepada perlindungan sistem imun tubuh badan manusia. Asid lemak yang terkandung di dalam EFA ini bersifat sebagai anti bakteria dan mampu memusnahkan bakteria yang menghasilkan toksin di dalam badan. Dengan pengambilan asid lemak minyak kelapa dara   ia boleh meningkatkan kadar metabolisma serta sistem imun tubuh dan tubuh manusia menjadi kuat dan mampu menentang serangan bakteria yang menyebabkan pembentukan toksin. Dengan pengambilan asid lemak minyak kelapa dara , 

Ia mampu bertindak sebagai anti oksidan yang menghalang radikal bebas. Pengambilan asid lemak minyak kelapa dara yang berterusan mampu meningkatkan tenaga kepada tahap yang paling maksimum. Melalui ujian kajian pakar penyelidik, asid lemak minyak kelapa dara  telah diberikan kepada beberapa ekor kuda bagi meningkatkan tahap tenaga serta kecekapan kuda semasa berlumba dan keberkesanan dapat dilihat berbanding kuda yang lain. Ia juga digunakan oleh para atlet dalam memberi tenaga yang berpanjangan disamping penggunaan asid lemak minyak kelapa dara di dalam minuman-minuman bertenaga yang terdapat dipasaran. Asid lemak ini bertindak terus ke hati dan di hati ia diproses untuk ditukarkan kepada satu bentuk tenaga. Disamping itu juga ia membantu dalam meningkatkan kadar metabolisma disebabkan asid lemak mudah diserap dan ditukar kepada tenaga.

2) Membantu memelihara kesihatan hati dan buah pinggang

Asid lemak minyak kelapa dara bukan sahaja membantu mengelakkan kita daripada penyakit hati dan buah pinggang tetapi ia juga digunakan sebagai penyembuhan dalam memelihara kesihatan hati dan buah pinggang. Manakala buah pinggang yang sihat akan terus menapis darah dan menyingkirkan bahan-bahan yang tidak diperlukan melalui urin.

3) Membantu mencegah penyakit jantung

Ramai pengguna keliru bahawa dengan pengambilan minyak kelapa dara boleh menyebabkan penyakit jantung disebabkan kandungan lemak tepu yang terlalu tinggi. Keunikan kandungan lemak tepu di dalam minyak kelapa adalah berbeza daripada lemak tepu yang lain disebabkan ia tidak menyumbang kepada peningkatan kandungan kolestroil di dalam darah dan sebenarnya minyak kelapa dara adalah bebas kolestrol. Disebabkan asid lemak minyak kelapa dara membantu dalam meningkatkan kadar metabolisma, ia mampu menurunkan kadar kolestrol  LDL (kolestrol jahat) dan meningkatkan paras kolestrol HDL (kolestrol baik) di dalam tubuh manusia.

Baca Lagi...