08 April 2013

Manfaat Kesihatan Minyak Kelapa


Manfaat kesihatan minyak kelapa dara termasuk penjagaan rambut, penjagaan kulit, mestabilkan tekanan darah, mengekalkan tahap kolesterol, berat badan, meningkatkan sistem imun, membantu sistem pencernaan dan meningkatkan metabolisma, mencegahg masalah buah pinggang, penyakit jantung, tekanan darah tinggi, diabetes, HIV dan kanser, penjagaan gigi dan kekuatan tulang. Manfaat minyak dara adalah kerana kandungan asid laurik, asid capric dan asid caprylic, dan ia memiliki sifat-sifat seperti antimikrob, antioksidan, antikulat, ciri-ciri antibakteria.

Minyak kelapa dara digunakan secara meluas di negara-negara tropika terutama India, Sri Lanka, Thailand, Filipina dan Malaysia. Minyak ini juga popular di negara-negara barat seperti Amerika Syarikat dan Kanada, namun terdapat propaganda dalam tahun 1970-an yang disebarkan oleh pengeluar minyak jagung dan industri minyak soya terhadap minyak kelapa. Minyak kelapa telah dianggap berbahaya untuk tubuh manusia kerana kandungan lemak tepu yang tinggi sehingga sekitar tahun 2000 apabila orang ramai mula mempersoalkan propaganda 

Komposisi Minyak Kelapa :

Minyak kelapa dar terdiri daripada lebih daripada sembilan puluh peratus daripada lemak tepu (Jangan panik! apabila membacanya), dengan kesan beberapa asid lemak tak tepu, seperti asid lemak monotaktepu dan asid lemak politaktepu. Minyak kelapa dara adalah berbeza daripada lemak tepu yang lain kerana ia adalah tergolong didalam asid lemak rantaian sederhana trigliserida, yang menyerap dengan baik apabila diproses oleh tubuh. Asid laurik adalah kandungan utama dimana ia adalah lebih daripada lima puluh peratus, diikuti oleh asid capric, asid caprylic, asid Myritic dan Palmitic.

  1. Minyak Kelapa Dara | Khasiat Minyak Kelapa Dara BioVCO
     

    www.biovco.com/ - Translate this page
    Minyak kelapa dara memiliki banyak manfaat kesihatan seperti untuk rawatan rambut, rawatan kulit, mengawal kolesterol, menurunkan berat badan, ...
    You and one other person +1'd this
  2. Info Kesihatan : Info dan Maklumat Produk BioVCO
     

    www.biovco.com/artikel.php - Translate this page
    Pengambilan Minyak Kelapa Dara Minyak Kelapa Dara BIOVCO adalah 100% organik kerana ia diperolehi dari pohon kelapa yang ditanam secara semulajadi.
  3. TESTIMONI Pengguna Produk BioVCO
     

    www.biovco.com/testimoni.php - Translate this page
    ... lain selepas pengambilan produk. - **** Harap maklum - BioVCO.com **** ...Dapatkan minyak kelapa dara - BioVCO · poslaju-minyak kelapa dara - BioVCO ...
  4. Info Kesihatan : Manfaat Kesihatan Minyak Kelapa Dara - BioVCO.com
     

    www.biovco.com/.../manfaat-kesihatan-minyak-ke... - Translate this page
    Minyak kelapa dara adalah minyak paling sihat di muka bumi - kata Dr Bruce Fife, seorang doktor naturopati dan penulis buku Keajaiban Penyembuhan Minyak ...
  5. Wakil Jualan Minyak Kelapa Dara | Wakil Jualan Produk BioVCO
     

    www.biovco.com/v3/soaljawab.php - Translate this page
    Minyak Kelapa Dara. Masalah Berat Badan dan Darah Tinggi Tuan, saya nak bertanya beberapa soalan.... a. Bagaimana Minyak Kelapa Dara boleh membantu ...
  6. Beli Produk - BioVCO.com
     

    www.biovco.com/beli.php - Translate this page
    4 BOTOL RM136.00 minyak-kelapa-dara - BioVCO. KINI Hanya !!! RM132.00. Caj Penghantaran PERCUMA, 4 BOTOL RM156.00 minyak-kelapa-dara - BioVCO ...
  7. Info Kesihatan : Kehebatan Minyak Kelapa Dara - BioVCO.com
     

    www.biovco.com/hebatvco.php - Translate this page
    SUNGGUHPUN kita telah disajikan dengan fakta bahawa minyak kelapa berbahaya untuk kesihatan selama hampir 30 tahun, kita tidak pula diberitahu bahawa ...

Baca Lagi...

07 April 2013

Minyak Kelapa Dara bagus untuk Kulit dan Rambut


Mengapa minyak kelapa dara memiliki fungsi lebih baik sebagai pelembap rambut, kulit dan muka. Ia amat sesuai digunakan untuk rambut dan sebagai losyen badan. Kebanyakan pelembab yang ada dipasaran adalah pelembap yang mengandungi banyak air, pelembab berasaskan air akan melembabkan kulit anda, tetapi sebaik sahaja ia cepat kering dan menyebabkan kulit anda menjadi kering. 

Kebanyakan jenama pelembap kulit mengandungi bahan-bahan berasaskan petroleum yang boleh merosakkan kulit untuk jangkamasa panjang. Sebaliknya, minyak kelapa dara menyediakan kelembapan yang berpanjangan. Ia membantu menguatkan tisu dan membantu membuang sel mati yang berlebihan pada permukaan kulit yang kasar dan tidak stabil dalam tekstur. Ia juga menjadikan rambut lebih hitam dan bersinar dan sebagai pelembap semulajadi untuk rambut anda.



Baca Lagi...

21 March 2013

MCFA dalam Minyak kelapa Dara


Minyak Kelapa Dara  mengandungi komposisi 55% MCFA. Molekul asid lemak ini terlalu kecil dan ianya mudah dihadamkan dengan cepat selain mudah diserap oleh  tubuh badan di mana asid lemak ini tidak tersimpan sebagai lemak di sel-sel badan. MCFA bertindak sebagai pembekal tenaga dan berfungsi sama seperti kabohidrat dan ianya tidak beredar dalam sistem pengedaran darah badan,  tidak seperti lemak lain ( meningkatkan tahap kolesterol LDL tidak baik dan pembentukan lemak dalam arteri). Disebabkan itu ianya tidak disimpan dalam sel lemak atau menyumbang kepada penambahan berat badan atau menyebabkan arteri tersumbat.

Seperkara lagi yang berkaitan jantung, di mana asid lemak politaktepu kebiasaannya digunakan dalam masakan  seharian mengandungi komposisi utama LCFA’s yang menyebabkan kolesterol tidak-baik LDL memasuki sistem darah yang akan menyebabkan saluran darah tersumbat dan berlakunya pengumpulan lemak. Bagaimanapun tidak seperti  medium rantaian asid lemak MCFA’s, ianya tidak mengalami pengoksidaan. Asid lemak LCFA’s pula secara berterusan akan membentuk radikal bebas  dan mengoksidakan kolesterol LDL yang mana menjadi punca utama penyakit arteri. Hanya lemak teroksida akan menghasilkan pembentukan plak pada arteri dan menyebabkan arteri tersumbat. Komposisi 74% plak ini datangnya daripada minyak sayuran politaktepu dan asid lemak monotaktepu.

Baca Lagi...

19 March 2013

Khasiat, Kebaikan & Kelebihan Minyak Kelapa Dara


1) Meningkatkan sistem imun tubuh badan dan mengeluarkan toksin.

Asid lemak yang terdiri daripada unsur antimicrobial boleh membantu membunuh virus, bakteria, fungi dan parasit. Ini telah ditemui pada tahun 1966 oleh Jon Kabara PhD, melalui kajian beliau, apabila asid lemak dihadam, ia akan dipecahkan kepada bentuk monoglycerida dan asid lemak bebas yang membentuk kepada pengaktifan unsur antimicrobial. Terdapat pelbagai jenis asid lemak yang penting di dalam minyak kelapa dara seperti Lauric Acid, Capric Acid dan Caprylic Acid. 

Unsur monoglyceride, monolaurin, monocaprylin dan monocaprin yang terkandung di dalam asid lemak inilah yang membantu kepada perlindungan sistem imun tubuh badan manusia. Asid lemak yang terkandung di dalam EFA ini bersifat sebagai anti bakteria dan mampu memusnahkan bakteria yang menghasilkan toksin di dalam badan. Dengan pengambilan asid lemak minyak kelapa dara   ia boleh meningkatkan kadar metabolisma serta sistem imun tubuh dan tubuh manusia menjadi kuat dan mampu menentang serangan bakteria yang menyebabkan pembentukan toksin. Dengan pengambilan asid lemak minyak kelapa dara , 

Ia mampu bertindak sebagai anti oksidan yang menghalang radikal bebas. Pengambilan asid lemak minyak kelapa dara yang berterusan mampu meningkatkan tenaga kepada tahap yang paling maksimum. Melalui ujian kajian pakar penyelidik, asid lemak minyak kelapa dara  telah diberikan kepada beberapa ekor kuda bagi meningkatkan tahap tenaga serta kecekapan kuda semasa berlumba dan keberkesanan dapat dilihat berbanding kuda yang lain. Ia juga digunakan oleh para atlet dalam memberi tenaga yang berpanjangan disamping penggunaan asid lemak minyak kelapa dara di dalam minuman-minuman bertenaga yang terdapat dipasaran. Asid lemak ini bertindak terus ke hati dan di hati ia diproses untuk ditukarkan kepada satu bentuk tenaga. Disamping itu juga ia membantu dalam meningkatkan kadar metabolisma disebabkan asid lemak mudah diserap dan ditukar kepada tenaga.

2) Membantu memelihara kesihatan hati dan buah pinggang

Asid lemak minyak kelapa dara bukan sahaja membantu mengelakkan kita daripada penyakit hati dan buah pinggang tetapi ia juga digunakan sebagai penyembuhan dalam memelihara kesihatan hati dan buah pinggang. Manakala buah pinggang yang sihat akan terus menapis darah dan menyingkirkan bahan-bahan yang tidak diperlukan melalui urin.

3) Membantu mencegah penyakit jantung

Ramai pengguna keliru bahawa dengan pengambilan minyak kelapa dara boleh menyebabkan penyakit jantung disebabkan kandungan lemak tepu yang terlalu tinggi. Keunikan kandungan lemak tepu di dalam minyak kelapa adalah berbeza daripada lemak tepu yang lain disebabkan ia tidak menyumbang kepada peningkatan kandungan kolestroil di dalam darah dan sebenarnya minyak kelapa dara adalah bebas kolestrol. Disebabkan asid lemak minyak kelapa dara membantu dalam meningkatkan kadar metabolisma, ia mampu menurunkan kadar kolestrol  LDL (kolestrol jahat) dan meningkatkan paras kolestrol HDL (kolestrol baik) di dalam tubuh manusia.

Baca Lagi...