15 April 2009

Kelebihan Minyak Kelapa Dara

Secara tradisi pokok kelapa mempunyai pelbagai kegunaan turun temurun. Air kelapa berkhasiat untuk menyembuhkan penyakit demam campak yang disebabkan oleh virus. Air kelapa juga digunakan untuk menjadi penawar racun. Selain dari itu air kelapa digunakan untuk merawat seseorang yang terlebih memakan ubat ( over-dose ). 

Sungguhpun demikian, minyak kelapa dara telah didapati mempunyai kesan dan fungsi kesihatan yang lebih hebat dari air kelapa. Di Amerika Syarikat dan negara barat minyak kelapa dara telah digunakan di dalam formulasi makanan untuk pesakit tua dan kritikal. Ia juga merupakan bahan penting dalam formulasi makanan bayi.

Minyak kelapa dara adalah makanan yang selamat dimakan menurut senarai Generally Regarded As Safe (GRAS) di bawah Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika (USFDA) yang merupakan sebuah badan paling berpengaruh yang mengawal selia keselamatan makanan dan ubat di Amerika Syarikat.

Minyak Kelapa Dara ini menggalakkan kadar metabolisma yang tinggi secara semulajadi.

Dikilang melalui proses bioteknologi dengan menggunakan kelapa matang bermutu tinggi. Kandungan semulajadi minyak kelapa dara dipelihara.

Tanpa bahan awet. Tanpa perasa tiruan. 100% Organik.

Minyak kelapa dara (VCO) boleh diambil oleh ibu mengandung bila-bila masa terutamanya bila hampir cukup bulan kerana boleh meninggikan metabolisma,kulit anak dan ibu menjadi cantik, memudahkan proses bersalin ,mengurangkan jangkitan kuman dan lain2.

Minyak kelapa dara ini juga sesuai untuk dimakan oleh kanak -kanak atau bayi yang sudah putus susu ibu kerana ia boleh dijadikan pengganti khasiat susu ibu disebabkan ciri-cirinya yang boleh mengurangkan serangan kuman atau virus.

Cara pengambilan :

Dewasa: 2 sudu besar selepas makan 2 kali sehari
Kanak-kanak 5-12 tahun: satu sudu kecil selepas makan
Kanak-kanak 5 bulan -1 tahun: titikkan sedikit dalam susu formula/susu tepung

Boleh disapu pada kulit dan rambut. Amat baik sebagai minyak urut.

Bagi mereka yang mengidap ‘stroke’ pula, minyak kelapa dara (VCO) boleh diberi pada peringkat permulaan satu sudu besar selepas makan dan tingkatkan 2 sudu besar selepas ada tindakan positif. Strok terjadi kerana kegagalan fungsi otak menyebabkan darah menjadi'sejuk'...minyak kelapa dara (VCO) mampu meninggikan metabolisma dan haba badan.


Baca Lagi...

12 April 2009

Penemuan Saintifik Yang Membongkar Rahsia Alam

Kajian saintifik telah dilakukan oleh saintis Eropah dan Amerika ke atas minyak kelapa dara sejak awal 1930an. Misteri kehebatan pohon kelapa makin terserlah apabila banyak kajian saintifik mendapati minyak kelapa dara mempunyai sifat-sifat berikut :


  • Antivirus dan antibakteria

  • Anti oksida yang kuat

  • Pemangkin metabolisma badan

  • Persamaan kekuatan susu ibu


Di negara barat minyak kelapa dara telah digunakan di dalam formulasi makanan untuk pesakit tua dan kritikal. Ia juga merupakan bahan penting dalam formulasi makanan bayi.

Minyak Kelapa Dara mengandungi Medium Chain Triglyseride (MCT) yang hampir sama dengan lemak yang terdapat dalam air susu ibu (ASI).

Minyak Kelapa Dara adalah 100% Organik, diakui oleh Doktor diseluruh dunia tentang kehebatannya, bersifat anti virus & anti bakteria, boleh merencatkan virus HIV, tiada kolestrol, tidak menyebabkan kegemukan, menurunkan darah tinggi & kencing manis, tiada kesan sampingan, Diakui diseluruh DUNIA sebagai makanan berfungsi pada abad ke 21.

Fakta : Minyak kelapa dara adalah makanan yang selamat dimakan menurut senarai Generally Regarded As Safe (GRAS) di bawah Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika (USFDA) yang merupakan sebuah badan paling berpengaruh yang mengawal selia keselamatan makanan dan ubat di Amerika Syarikat.
Baca Lagi...
By 3:52 PM
Baca Lagi...

11 April 2009

Khasiat dan Manafaat Minyak Kelapa Dara

By 4:53 PM

SUNGGUHPUN kita telah disajikan dengan fakta bahawa minyak kelapa berbahaya untuk kesihatan selama hampir 30 tahun, kita tidak pula diberitahu bahawa kajian tentang kesan sebenar kelapa telah dimulakan lebih 70 tahun dahulu.

Bermula dari awal tahun 1930, Dr. Weston A. Price, seorang penyelidik, pakar pemakanan yang juga merupakan seorang doktor gigi dari Cleverland, Ohio mendapati penduduk di Kepulauan Pasifik mempunyai tahap kesihatan fizikal dan yang menakjubkan. Dipercayai ia disebabkan corak pemakanan harian berasaskan kelapa. Mereka juga mempunyai rambut serta kulit yang cantik walaupun banyak terdedah kepada sinaran ultraviolet matahari.

mendapati penduduk di Kepulauan Pasifik mempunyai tahap kesihatan fizikal dan yang menakjubkan. Dipercayai ia disebabkan corak pemakanan harian berasaskan kelapa. Mereka juga mempunyai rambut serta kulit yang cantik walaupun banyak terdedah kepada sinaran ultraviolet matahari.

Pada awal tahun 1960-an, Dr. Ian A. Prior, seorang pakar jantung yang juga merupakan pengarah Pusat Penyelidikan Wabak Penyakit di Hospital Wellington, New Zealand telah melakukan penyelidikan di dua buah pulau iaitu Puka Puka dan Tokelau di Lautan Pasifik Selatan.

Dr. Ian merumuskan, penduduk setempat banyak memakan kelapa sebagai diet harian. Hasilnya, paras kolesterol rendah, kesihatan fizikal amat baik dan tiada penyakit kronik seperti jantung atau kanser.

Pada tahun 1966, suatu penemuan besar telah dirumuskan oleh Profesor Dr. Jon J. Kabara, seorang penyelidik dan pakar farmakologi di Universiti Michigan . Beliau mendapati, minyak kelapa dara yang terdapat dalam santan kelapa sebenarnya sejenis antivirus, bakteria, kulat dan parasit semula jadi yang kuat.

Maka terjawablah kemusykilan Dr. Weston A. Price dan Dr. Ian A. Prior selama ini, mengapa penduduk di Kepulauan Pasifik begitu sihat.

Penemuan besar oleh Dr. Jon J. Kabara ini sebenarnya berupaya merobah senario industri kesihatan dunia.

Dalam tahun 1980-an, Dr. Raymond Peat, seorang profesor fisiologi dari Universiti Oregon melaporkan, minyak kelapa dara dalam hampas kelapa berupaya menurunkan berat badan.

Fakta ini menyangkal pandangan yang mengatakan minyak kelapa menambah berat badan. Pada tahun 1990-an, Dr. Mary G. Enig, seorang pakar lemak, pemakanan dan seorang ahli biokimia dari Universiti Maryland merumuskan, minyak kelapa dara adalah makanan yang memberi pelbagai khasiat kesihatan.

KLIK DISINI untuk maklumat lanjut

Baca Lagi...
By 4:31 PM

MCT didalam Minyak Kelapa Dara


Minyak Kelapa Dara mengandungi medium chain tringlycerides (MCT) yag hampir sama dengan lemak yang terdapat dalam air susu ibu. Malah, MCT mempunyai kesan nutrien yang sama dengan air susu ibu. MCT tidak perlu dihuraikan lagi dan akan terus meresap ke dalam sistem penghadaman dan menghasilkan sumber tenaga yang tinggi di dalam badan. Dan MCT inilah yang menjadikan Minyak Kelapa Dara boleh mengatasi dan mencegah kanser.

Sifat anti-mikrob MCT pada Minyak Kelapa Dara membantu tubuh menghilangkan bakteria penyebab penyakit. MCT mengambil alih tugas untuk mematikan mikrob. Dengan semakin kurangnya bakteria yang mengganggu di dalam tubuh, sel-sel darah putih akan bebas mencari dan merencatkan sel-sel kanser. Selain itu, MCT mempunyai pengaruh seperti antioksida yang mencegah tindak balas radikal bebas dan memberikan perlindungan kepada tubuh.

Menurut Murray Price Ph.D, Coconut Oil for Your Health, Longevity Publishing House, 2003, minyak kelapa dara yang tulen tidak berwarna (jernih dan lutsinar). Di Amerika Syarikat dan negara barat, minyak kelapa dara telah digunakan di dalam formulasi makanan untuk pesakit tua dan kritikal. Ia juga merupakan bahan penting dalam formulasi makanan bayi.


KLIK DISINI untuk maklumat lanjut

Baca Lagi...